Read Waris Pejuang by Ruhaini Matdarin Online

waris-pejuang

❝ Kamu sudah hampir di situ. ❞Suara datuk terngiang-ngiang. Datuk tidak menyimpan rahsiakandungan manuskrip purba itu, sebab dia sendiri masih mencarijawabannya. Jika tahu, sudah lama datuk mendedahkannya kepadadunia. Dia hanya mencari tempat menyandarkan kebimbangannyatetang tidak menemui jawaban sehingga akhir ajalnya.Universiti Leiden. Ratu Victoria. Benjamin Disraeli.❝ Kamu sudah hampir di situ. ❞Suara datuk terngiang-ngiang. Datuk tidak menyimpan rahsiakandungan manuskrip purba itu, sebab dia sendiri masih mencarijawabannya. Jika tahu, sudah lama datuk mendedahkannya kepadadunia. Dia hanya mencari tempat menyandarkan kebimbangannyatetang tidak menemui jawaban sehingga akhir ajalnya.Universiti Leiden. Ratu Victoria. Benjamin Disraeli. Andrew Clarke.Raja Abdullah. Negeri-Negeri Selat. Lord Kimberly. Perancis. SyarikatHindia Timur. Rahsia besar dari Tanah Melayu atau rahsia besar bahasaMelayu? Bagaimanakah jika ia ditemui? Apakah dunia akan berubah?Bagi Hadi, di mana harus dia mulakan.______________________________Novel ini telah memenangi tempat KEDUAPertandingan Novel RemajaHadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2011Pertama Deru Angin Hafizah Iszahanid Kedua Waris Pejuang Ruhaini MatdarinKetiga Rimba Jiwa Sri Rahayu Mohd YusopHiasan Latar Kulit : koleksi Naza Hamed-...

Title : Waris Pejuang
Author :
Rating :
ISBN : 9789676126009
Format Type : Paperback
Number of Pages : 211 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Waris Pejuang Reviews

  • Rasydan Fitri
    2019-05-19 00:24

    Teks yang sangat segar bagi saya. Watak utamanya, Hadi, adalah sangat relatable, mungkin kerana Hadi melalui zaman yang sama dengan saya, malah hidupnya dikelilingi dengan penggunaan internet dan aplikasi sosial, malah isu yang dipersembahkan (iaitu isu PPSMI) juga saya saksikan pada tahun 2008 di pelbagai media. Novel ini merupakan bonus untuk saya kerana saya dapat melihat bagaimana perspektif seorang remaja yang cakna dengan isu Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu terhadap isu tersebut, dan pendapatnya berdasarkan nilai-nilai yang telah diterapkan oleh ibu dan datuknya, yang merupakan antara pembangkang pelaksanaan PPSMI.Lebih menghiburkan apabila naratif perspektif orang pertama oleh Hadi sangat kelakar, ada tona sarkastik, juga ada monolog-monolog diri yang akan membuatkan saya tersenyum. Penulis berjaya menyeimbangkan isu yang serius dan fakta-fakta sejarah Malaysia yang berat dengan elemen-elemen ini. Kadangkala ketika membaca novel remaja, ada watak yang susah difahami dan didalami kerana penglibatannya dengan dunia sebenar tidak realistik meskipun pembaca melalui pengalaman yang sama. Tetapi watak Hadi dijayakan dengan baik sekali, sehingga sekarang kesan membacanya masih lekat dalam diri saya. Saya mungkin akan membacanya sekali lagi!Sinopsis buku ini mungkin sedikit mengelirukan; saya mendapatkan novel ini pada awalnya menjangkakan cerita tentang pencarian rahsia manuskrip purba, seperti sebuah pengembaraan harta karun dan merungkai sejarah yang tersembunyi, atau mungkin juga ada teori konspirasi seperti dalam novel-novel Inggeris yang banyak memberi tafsiran baru pada sejarah lampau. Tetapi kejutan yang saya terima sebagai balasan langsung tidak mengecewakan, tetapi memberi kesegaran yang amat memuaskan. Cerita belakang (backstory) yang disediakan membolehkan saya mengenali dan menyukai watak-watak ini dengan mudah meskipun novelnya agak tipis.Saya membaca ini lebih kurang dua minggu lalu tetapi baru dapat menulis resensinya kini kerana data buku ini tidak berada di Goodreads dan saya tambah secara manual. Mungkin ada banyak lagi yang boleh diperkatakan sekiranya saya membuat reviu sejurus selepas membacanya.5 bintang! (Meskipun kesalahan ejaan sangat banyak dalam novel cetakan pertama ini yang mengganggu pembacaan, saya abaikan sahaja)

  • Muzaf Ahmad
    2019-05-19 17:24

    Novel remaja yang baik, kemas dengan nilai, sarat dengan pengajaran.Penutup yang membuatkan pembaca supaya berfikir. Menjanjikan.Cuma, kecewa dengan beberapa kesilapan ejaan yang tidak sepatutnya berlaku.

  • Azim Mat
    2019-04-29 19:15

    4'¼ ★